Masa diskret Masa_diskret_dan_masa_selanjar

Masa diskret menganggap nilai-nilai pemboleh ubah sebagai berlaku pada "titik-titik masa" berasingan, atau secara persamaan sebagai tidak berubah sepanjang setiap bidang masa bukan sifar ("kala" atau "tempoh"). Maka sesuatu pemboleh ubah melompat dari satu nilai ke satu nilai sedangkan masa beralih dari satu kala ke kala seterusnya. Pandangan masa ini bersamaan dengan jam digital yang memaparkan waktu 10:37 untuk seketika, kemudian beralih kepada waktu baru iaitu 10:38, dsb. Dalam kerangka ini, setiap pemboleh ubah yang berkenaan disukat sekali dalam setiap kala. Bilangan sukatan antara mana-mana dua kala itu adalah terbatas. Sukatan biasanya dilakukan pada nilai-nilai integer berjujukan bagi pemboleh ubah "masa".